Hero

Monday, June 21, 2010

Kalau diberi pilihan antara gula dan garam
mahu saja aku pilih keduanya.
kalau diberi pilihan antara hidup dan mati
aku kelu.
ditanya tentang baik dan jahat
aku senyum kenyit mata mengaku kejahatanku
disoal tentang paras rupa dan budi pekerti
semestinya budi pekerti pilihan hati
diaju tentang tangisan dan hilai ketawa
kupilih semua rasa yang ada.
dibandingkan tentang ibu dan bapa
semuanya sempurna dari pandangan mata

Selamat Hari Bapa kepada Khairul Akmal bin Idris.
maaf atas segala kekurangan yang ada pada anakmu selama ini
maaf jika anakmu ini tidak menjadi seperti yang anda mahukan
ampunkan dosa anakmu ini atas semua yang pernah terjadi.


kalau dulu cikgu pernah tanya aku siapa hero pujaan hati.
aku bangga sebut Batman,Superman,Rosyam Nor,Zinadine Zidane dan ramai lagi.
tapi kalau diberi pinjam Delorean Time Machine milik Martin McFly dari Back to the future,
mahu saja aku jerit kepada cikgu dan sebut nama ayahku berulang kali sambil senyum mendabik dada penuh rasa bangga

;)

Leave a Reply

My name is MHKA. Powered by Blogger.