2 minggu lepas aku lepak dengan kawan kawan.macam biasa,topik hangat menjadi perbualan isu semasa.Bab bab cerita basi dekat Melodi hari ahad dah gulung semua dah.Bab bab isu politik jangan disentuh.Dan isu semasa tulah yang aku dah kaji sekian lama sejak jadi student dekat sini.
Aku dah mula buat kajian ni semenjak aku semester 2 lagi dan aku rasa teori ni betul betul terbukti.Kata kata Syafiq si peminat tegar restoran ABC corner menceritakan segalanya.
"Kalau kau ada 4 tayar,nanti 4 orang awek tumpang kau"
sebagai pelajar non resident yang menetap di luar kampus yakni tinggal di rumah sewa,kenderaan adalah begitu signifikan untuk berulang alik ke kampus untuk pergi kelas.Terpulanglah kenderaan tu jenis apa.naik motorsikal,kereta dan bas pon boleh.Semua itu terpulang pada kemampuan pelajar itu sendiri.Aku bersyukur sebab aku ada motorsikal.Walaupun tak laju dan tak pandai aku nak make-up2 yang penting aku mudah bergerak kesana dan kesini.
Okay,berbalik kepada perkara 4 tayar tadi atau lebih umumnya kereta,aku nak cerita sikit gaya anak muda pelajar universiti sekarang.Selalunya yang bawa kereta ni semestinya golongan yang berada.Tapi aku suka betul yang kaya tapi low profile.Cool je.
Kalau dah nama pon kaya mestilah pergi kelas pun naik kereta.Bang,apa barang naik motor.nanti hujan basah lenjun bang.
Siapa yang bawak kereta ni mesti market tinggi punya.Tambah tambah yang naik kereta style dan mahal.Awek mesti melekat punya.tak tipulah.Ni pengakuan telus dan berani punya.
Student sekarang semua bergaya sungguh.Pergi ke kelas naik kereta Suzuki Swift,Mitsubishi Lancer,Myvi bonet belakang letak Passo,Proton Persona,Proton Satrio Neo.Paling koman pon naik kancil lah.tu pon make habis style kancil tu.
Situasi:Satu
Lokasi:Lot parking kereta UITM
"Perghh brader tu naik kereta Mitsubishi Lancer lah syiaalll.kalau dia tumpangkan aku, rela aku break dengan pakwe aku ni"
Situasi:Dua
Lokasi:Kedai makanan segera McDonald
"Gilaa lah mamat tu..bawak 4 org awek sekali lepak Mcd.tak pernah pernah dalam hidup aku buat macam tu.Awek cun cun plak tu.Aku rasa aku hensem kuasa dua kot dari dia.demit! "
Aku perasan yang gadis gadis tadi cuma nak ambil kesempatan je.Biasalah,mana standard perempuan dressup kalah artis pegi kelas tumpang naik motor kan?
dah melaram lawa lawa mesti lah nak ke kelas naik kereta.jatuhlah market kalau dressup mcm Katy Perry lepas tu tunggu bas pulak.
Tak kisah lah mamat yang tumpangkan tu hensem ke tak.janji dapat naik kereta.
Nampak tak hubung kait di situ?nampak tak?
NAMPAK TAK?
err.kenapa aku perlu tekan capslock=.="
Semestinya mamat mamat yang bertindak gentleman dan menumpangkan gadis gadis ni dianggap HERO GADIS GADIS.
Hero gadis gadis kena bersiap awal untuk ke kelas.Ini bertujuan untuk mengutip gadis gadis atau heroin ini.Kelas pukul 10 pagi,hero kena keluar pukul 9.bagus betul hero ni.haha
Dan mulai saat ini aku pun telah bertekad yang aku akan memenuhi ambisi ambisi aku dalam usaha nak memiliki kereta idaman..dan aku pon dah mengira perhitungan masa yang aku boleh beli semua tu bila aku dah jadi kerja nanti
tapi bukan untuk melaram bawak gadis gadis:D
kalau aku hero gadis gadis dah lama aku paksa ayah aku beli kereta untuk aku.
tapi tak apalah.buat apa nak berbangga dengan harta benda mak bapak.lebih baik dengan usaha sendiri kan?
:)
boleh aku cakap yg aku setuju dengan semua ini?
hahahaha...
hahahaa..
macam betul jerp!!
Miss dilla: terima kasih sbb setuju:)
Wawa:alahh.kau stuju la ni kan?hehee
;D
ok
sy stuju la dgn gurl2 skg
but not for me
rela nek moto sendiri
xmen bumbung r bang
pe style
haha.i know.
mana layan naik kreta kan?
naik moto lah:)
tmbah2 skang naik basikal plak.lg market;D
haha
market tang mana la tu?
bm kot noh
tapi kan..ko xpasan ke abang hero tu sume jadik bodoh je...
ples la jgn jadik pak turut..hohoo~
bersepah laki cm gni skank kan..dpt title bole kua ngan awek cun cam bini bread pit tu bez sgt ke?
hohoo~
eniwei, i loikke ur statement yg last tu...harta mak ayah kan... =)