dalam satu hela nafas kau,ada nafas aku
kau mungkin tak perasan atau kau pura pura gelapkan hati
hati yang dulu pernah berdarah ditusuk kaca cinta
kau bilang apa yang ada pada milik kau bersama
kau cucuk jantung aku dengan mata tajam kau.
sedarkah kau bahawa aku pedih memendam rasa
dunia bisa goyang bila kau berhujah
langit boleh runtuh jika kau bermadah
kau hebat,hebat sekali
darah merah pekat bisa berhenti mengalir
otak ligat berhenti berfikir
kata kata kau banyak tersurat.
lebih terang yang tersirat
kau pandang mata aku,aku renung dalam mata kau.
kau bilang satu persatu mukasurat diari istimewa
karya agung tulisan hati kau persembahkan pada aku
mana mungkin aku mengerti isi hati
kau senyum lembut sambil kenyit mata kiri
aku lempar senyuman ikhlas tulus dari hati
dan jelas ternyata kini kau pergi
bila kita boleh berjumpa lagi wahai bidadari?