Saya mungkin tak baik macam dia
saya tidak kacak seperti mereka
tak pandai berkata kata
lagi tak pandai nak bermuka muka.
Saya tak pandai macam kalian
tak juga hero seperti superman.
tak cukup bagus untuk orang berkenan
tapi saya masih bijak buat keputusan
Saya mungkin tak sekuat mereka
yang tampan berotot gagah perkasa
saya juga tak ambil tahu bidang kuasa
Tapi yang masih suka berbudi bahasa
Saya mungkin ada orang yang benci
mungkin juga bahan caci maki
tapi saya sedar siapa diri ini
kerna saya makhluk Tuhan Ya Rabbi.
Saya mungkin tak pandai bercinta
kerna saya ciptaan Tuhan yang tidak sempurna
saya juga leka dengan arus dunia
kerana saya juga manusia seperti anda
Kerna atas nama 'manusia'
Aku engkau dia dan mereka semuanya sama
Hasil ciptaan Tuhan yang Esa
Hanya hati,akal dan fikiran yang berbeza.
Saya suka ini.
saya takbenci awak. :D
nice2 :)
Pipi Muncet:sata pon tak bnci awak pon xD
Masturah:thanks;)