Terima Kasih Diego Maradona~

Thursday, May 13, 2010

Siapa tak tahu pasal kehebatan Diego Maradona?

Dengan fizikalnya yang agak gempal dan pendek itu dia terkenal di seluruh dunia dek kehebatannya mengelecek dan mengawal bola serta menjadi 'bayang hitam' kepada pemain pasukan lawan.Semua taksub dengan Maradona.Sampaikan ayah aku sendiri mengakui yang Maradona tu lebih hebat dari Pele yang merupakan lagenda bolasepak dunia dan sanjungan peminat Brazil.


Semua serba tak kena antara aku dengan ayah aku.Dulu masa aku sokong Brazil dia sokong France.Masih teringat lagi ketika itu aku berusia 8 tahun.Aku sungguh teruja dengan Brazil.
Err..mungkin nama pemain mereka senang diingati

Bebeto,Ronaldo,Rivaldo,Roberto Carlos,Dunga,Tafarel dan macam macam lagi nama mereka yang berakhir dengan konsonan "O"

Lagipun gaya permainan mereka memang menarik pon.Ala ala samba.
Mungkin ketika itu aku hanya minat Brazil.Ketika final World Cup 98 antara Brazil dan France aku hanya boleh ushar ayah aku yang sengih sengih melihat Brazil dibelasah France 3-0 hasil jaringan Zinadine Zidane dan Ammanuel Petit..damn~

Semua tu buat aku kecewa.Dan sekali lagi aku kecewa sebab Maradona tidak menyenaraikan pemain kebanggaan aku iaitu Javier Zanetti,Cambiasso dan yang paling hebat perancang utama Juan Roman Riquelme.

Maradona mungkin hanya hebat bermain bolasepak terapi kurang bijak dalam mengendalikan pasukan bolasepak.Itu tanggapan aku.Maaf kepada peminat tegar Marodona.
Dia lebih rela meletakkan Mascherano selaku kapten Argentina berbanding kapten Inter Milan,Javier Zanetti.kenapa?kenapa?kenapa?

Dia hanya bernasib baik kerana Argentina layak ke Piala Dunia di saat saat akhir.Itu pun semua percaturan serba tak kena.Mungkin penyerang seperti Kun Aguero,Lionel Messi dan Carlos Tevez,Angel Di Maria boleh dianggap terbaik tapi mereka semua itu penyerang.Siapa nak mengendali jentera tengah?siapa nak menjadi perancang ataupin mastermind?siapa yang nk menghasilkan peluang peluang gol terbaik kepada penyerang?

*mengeluh*

Mungkin jaringan 'Hand of God' merupakan yang terbaik oleh Maradona dalam sejarah bola sepak.Tapi semua itu nasib yang jelas nyata.Permainan dulu dan kini jelas nyata berbeza.

*teguk air*


Mungkin aku boleh buli Aiman ketika bermain permainan maya PES dengan menggunakan pasukan Argentina.hee.
tapi hakikat nyata pasukan itu yang sebenarnya tak siapa pon tahu.
sama2 kita layan je World Cup nanti ya.

Dearest Marodona,maybe u are good while playing football..but u are unable to coach your team pretty much enough I guess.

Good luck Argentina!

*senyum*







Leave a Reply

My name is MHKA. Powered by Blogger.