KAWAN

Wednesday, April 28, 2010

Orang kata hidup ini tak ubah seperti roda yang terkadang di atas dan mungkin bergolek ke bawah.Semua tu benar belaka dan yang pasti kita semua pernah merasa hidup begitu.
Lumrah alam memang begitu..hari ini gembira,hari esok berduka..hari ini ketawa,hari esok merana.

Hidup ini sentiasa adil..itulah sebabnya kau tak sentiasa duduk kat bawah.Esok lusa kau naik atas juga.
Bak kata orang "perlahahan-lahanlah kayuh"

Memang betul pon..cuba kau bayangkan,kau nak naik tingkat 5,takkan mesti kau naik anak tangga tingkat 1 dan seterusnya kau sampai tingkat 5.Lain lah kau ada genetik superman atau kau pernah disengat labah2 dan boleh jd spiderman.haha.

Oleh itu,hidup ini janganlah kau banyak bersuka sebab kelak kau akan merana.Percayalah :)
Mungkin hari ni kau boleh gelak pada sesiapa yang ada di bawah kerana kau ada di atas,hari esok mungkin kau ditertawa berdekah-dekah.Siapa tahu kan?


Kau memang bijak,pandai dalam serba serbi,dalam segala benda.Tapi yang 'di atas' lagi maha berkuasa.Kau tahu pepatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua"?
Siapa yang pergi sekolah mungkin tahu.haha

Tapi jangan dikatakan tupai sahaja,monyek pon pernah jatuh kalau bergayut.
So,persoalannya,kau fikir kau takkan pernah jatuh?ohh..itu tanggapan si angkuh hidung mancung pinochio sahaja.

Mungkin apa yang kau kata ada benarnya kalau berdasarkan fakta,tapi bila otak ligat mencari idea,perkara logik menjadi auta kan? :)

Kau mungkin tak dpat menilai yang mana batu yang mana kaca,yang mana baru yang mana lama,yang mana satu yang mana dua,yang mana madu yang mana bunga,yang mana biru yang mana jingga ,yang mana susu yang mana nira dan bagai-bagai lagi lah.

Lumrah manusia memang begitu.Hati sentiasa tak tenang bila orang ada yang lebih,dengki datang bila kesenangan diraih.Ingat,kita cuma makhluk tuhan yang satu..apa yang ada di muka bumi tak ada yang kekal.

Kesimpulannya,jangan pernah kita berasa riak atau iri hati..mungkin kesenangan orang kita boleh berkongsi dan kejayaan kita pula sama sama berpuas hati.Tidakkah begitu kawan-kawan?
:)
Hari ini kau jatuh aku bangunkan,esok aku jatuh kau hulur tangan..
Hari ini kau ketawa aku temankan,esok aku berduka kau ceriakan.
Hari ini kau lupa aku berpesan,esok aku lupa kau ingatkan.
Hari ini kau sakit aku temankan,esok aku sakit kau tenangkan.
kerna itu semua sifat yang ada pada KAWAN.

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends Forever






Ps:tiada kena mengena pada yang hidup dan mati.cuma berpesan kepada diri dan mengingatkan kepada teman dan maaf atas segala keterlanjuran:)

yang telus ikhlas,

4 Responses to KAWAN

Leave a Reply

My name is MHKA. Powered by Blogger.