berapa trillion sudah nafas aku hela selama ini dan aku hembus
tak sama tahap syukur aku dekat Dia
dari kecik yang mana hanya tahu merangkak
hingga kini dah berapa juta batu kaki menapak
dari jatuh luka sikit sudah menangis
sampai jatuh patah kaki masih tersenyum
tak pernah sama tahap syukur itu
kalau nak hitung berapa kali aku jatuh
tak boleh congak pakai sempoa
mana boleh kira guna kalkulator
banyak
sampai aku tak pernah bilang
hidup dah lebih dua dekad
lagi sikit tahun nak cukup suku abad
syukur tadah tangan semua nikmat ihsan belas kasihan Tuhan
dan itu pun masih tak cukup
dari rasa macam mana terhantuk kepala
sampai tekanan rasa macam nak pecah kepala
semua rasa penah aku rasa
sampai tertanya tanya apa lagi rasa yang wujud
yang belum aku rasa
suka duka
sedih kecewa
gelak besar
menangis kemudian ketawa
senyum satu hari
menangis sedih satu minggu
dan semua itu buat aku rasa bersyukur sebab semua yang ada datang dari Dia
cuma kadang kadang aku lupa sekejap bila aku aku rasa suka
lupa Sang Pencipta
lumrah alam tak boleh rasa duduk atas sekejap
bila jatuh baru nak istigfar tadah tangan mohon doa
manusia;sudah terhantuk baru terngadah
bila pandang orang lain baru aku pandai nak bersyukur
bersyukur banyak
syukur yang mana sebelum ini aku tak pernah nak ucap dan rasa macam mana aku rasa sekarang
syukur dengan semua ujian yang pernah Dia bagi
Aku sujud syukur pada Mu Tuhan
Tuhan sekelian alam
Alhamdulillah
My name is MHKA. Powered by Blogger.
aku menangis kerana tak berkasut sehingga aku berjumpa dengan orang tak berkaki