Safwan
kau suka makan roti dipagi hari
sebab nanti petang mesti dah basi
aku tahu kau tunggu Ayuni dalam selimut itu lagi
Oh safwan
selimut kau kuning
macam pisang goreng dalam kuali
panas panas makan memang sedap
sebut saja pasal suka semua kau gembira
Oh safwan,
pernah juga aku terfikir akan dirimu
benarkah kau mahu jadi pak polisi?
kerna modenas kriss putihmu menjelaskan segalanya
aku tak tipu sebab aku tertipu
itulah yang aku rasa
bilang saja hari apa
kerna semuanya hari gembira
kau gembira bercuti dengan seluar short pant
walaupon jelas pasti kau hanya berpantai di dalam rumah
sekali lagi aku tekankan
dalam rumah
selimut kasih,selimut hati,selimut wajah
berpura pura tidur sedangkan terjaga
bermonolog dalam talian menyoal rasa cinta
dan berselimutlah dikau sampai habis selesai semua
sebentar sahaja untuk si dia
Ps:maafkan kami safwan,kami betul betul tepu otak malam tu dan kami memilih langkah bijak untuk berkarya.haha.