tengok saja bulan malam ini
sama terang seperti malam yang sudah sudah;
tengok sahaja aku hari ini
aku memang tak pernah berubah
tengok sahaja pelangi petang hari
sama sahaja tujuh warna;
dan besok mungkin pasti
merah menjadi pudar tak seperti biasa
renung saja semua bintang itu
dan pasti bintang timur paling berkilau
tenung saja kedalam mata hitamku
esok lusa hilang pasti tidak kau risau