Sara,I love u!

Wednesday, August 11, 2010

Aku memang dah tekad hari ni.Apa nak jadi pon aku dah tak peduli.Inilah satu satunya peluang untuk aku bersama Sara.
Semua tahu aku cinta Sara.haha

Malam ni semua takda kat rumah.Semua pergi solat tarawih.Inilah peluang yang aku nantikan.Aku nak date dengan Sara dekat rumah.Malam2 memang jiran tak brapa nak perasan.yes!

Malam ni aku candlelight dinner dengan Sara.Auww.romantiknya.
Dekat meja makan ada kami berdua saja.Sara cantik sungguh malam ni.teruja sangat aku.betul betul teruja.
Sara datang bisik dekat aku dan cakap dia cakap

"Sayang,i love u so much.please dont ever try to leave me.U are my heart,blood and soul"

Aku pegang tangan Sara dan gengam kemas kemas.Aku balas balik kata kata puisi cinta dia tadi.

"Babe,I love u too and i promise that u'll be my princess forever.I swear!"
Sungguh romantik kata kata yang aku hamburkan kepada Sara.Aku tengok muka dia tersipu sipu malu.Aku tunduk malu tersenyum.

Sara cakap dia nak beredar dari meja makan sebentar.mahu ambil sesuatu.Mungkin suprise kot.haha
Belum sempat Sara sampai ke pintu,aku dengar tapak kaki orang.Aku betul betul gugup.Kaku.Masaklah aku kali ni.memang betul betul kantoi besar.Aku tak sempat nak bersuara menjerit dekat Sara.Aku tengok Sara dah berdiri betul betul depan pintu.Pintu terkuak dan aku menjerit.

"Saraaaaaaaaa!!"

Aku menangis dalam keadaan terkaku.Sara dipijak lumat oleh seorang mamat berbadan besar.Celaka betul.
Mamat tu dah nampak aku.Aku masak sekali lagi.Dia capai botol yang aku perasan gambar lipas terbalik sebab kena arrow dari atas.Aku tak tahu apa benda yang dia pegang tapi aku berusaha lari.Aku duduk bawah katil dan menulis sesuatu agar wasiat ku dibaca oleh rakan rakan.Aku harap wasiat ini sampai.
***********************

Kepada rakan rakan,kekasih hati aku Sara dah terkorban dan selamat dikebumikan dalam tong sampah.Aku dalam bahaya sekarang.Jika kalian baca apa yang aku sampaikan ini,mungkin aku sudah tiada dan selamat bersama Sara di dunia baru sekarang.Aku berpesan pada kalian agar jangan sesekali masuk ke rumah ini.Ada manusia seperti Butang Gorilla sedang memburu kaum lipas yang lemah seperti kita.bajet Robin Hood
Salam sayang ihklas dari aku.

yang comel lagi kacak,
-Zack-


Leave a Reply

My name is MHKA. Powered by Blogger.